Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

RM300 juta galakkan transaksi tanpa tunai kalangan belia

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Mei - Sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sebagai langkah kerajaan untuk mendokong inisiatif pendigitalan menerusi program e-Belia.

Perdana Menteri menyampaikan Amanat Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Belia dan Sukan.

Melalui Belanjawan 2021 tahun lalu, seramai 1.1 juta mahasiswa seluruh negara menerima manfaat melalui program khas secara 'one-off' ke dalam akaun e-wallet belia yang dinaikkan daripada RM50 kepada RM100.

Bertemakan 'Dekad Ini Dekad Anda', beliau diyakini mampu berdepan situasi pandemik COVID-19 dengan sokongan daripada kerajaan.