Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Konflik Palestin-Israel, Malaysia sertai mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Mei - Malaysia akan menyertai mesyuarat tergempar secara maya Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Peringkat Menteri-Menteri Luar esok.

Menerusi kenyataan, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjelaskan, pertemuan itu bagi menyuarakan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.

Malaysia mendesak OIC mengambil tindakan lebih tegas dan semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin.

Kata sepakat antara negara-negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin sudah dicapai.