Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Malaysia, Indonesia dan Brunei keluar kenyataan bersama kutuk serangan zalim Israel

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Mei - Bagi memberi sokongan padu kepada Palestin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo berhubung situasi terkini di Palestin, kedua-dua pihak bersetuju tindakan ganas rejim Israel perlu dihentikan serta-merta.

Mereka juga berkongsi pandangan sama supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Malaysia akan terus berusaha untuk menyeru PBB bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.