Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Malaysia tolak sekeras-kerasnya tindakan keji rejim Israel ke atas rakyat Palestin

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Mei - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia sepakat dalam menjelaskan kepada seluruh dunia pendirian negara mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Tan Sri Muhyiddin yakin rakyat Malaysia yang cintakan keamanan menolak sekeras-kerasnya tindakan keji rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Tambahnya, serangan Israel ke atas Palestin merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Serangan itu juga merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian dalam perutusan mengenai situasi di Palestin hari ini.