Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Pemerkasaan belia bangunkan modal insan lestari dan berinovasi tinggi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Mei - Usaha pemerkasaan belia akan diteruskan ke arah pembangunan modal insan yang lestari dan berinovasi tinggi.

Komitmen itu disuarakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, pelbagai inisiatif dilaksana khususnya untuk beliau melalui pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Beliau berkata demikian dalam Amanat Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Belia dan Sukan.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia turut mengambil inisiatif untuk merangka Model Pembangunan Belia Baharu.