Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Angkara mercun, putus tiga jari

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 15 Mei - Kanak-kanak lelaki putus tiga jari kanan selepas terkena mercun bola yang diubahsuai.

Dalam kejadian sebelum 1 Syawal di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu..dia menyangka mercun yang dibalingnya tidak meletup.

Mangsa Nor Syam Syah Kiemee Ahama, 11 tahun, putus jari telunjuk, tengah dan manis.

Menurut ibu saudara mangsa, Wan Rahimah Wan Noh, ketika kejadian mangsa sedang bermain mercun bersama abangnya dan rakan yang lain. 

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Badang sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 bagi rawatan lanjut.