Wednesday, 23 June 2021

updated 3:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Kapasiti vaksin AstraZeneca di WTCKL dipertingkat kepada 8,100 dos sehari

  • Published in Covid19

KUALA LUMPUR, 15 Mei - Kapasiti vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi vaksin AstraZeneca dipertingkat kepada 8,100 dos sehari mulai hari ini.

Sekali gus menjadikan ia PPV berskala paling besar di Malaysia setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Dr Anas Alam Faizi berkata, sebelum ini kapasti vaksinasi yang mampu dilaksanakan di PPV itu hanya kira-kira 2,400 dos vaksin sehari.

Selain WTCKL, kapasiti PPV di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi vaksin sama turut dinaikkan daripada 900 kepada 1,300 dos sehari.

Peningkatan kapasiti di PPV ini dapat melancarkan proses pelalian vaksin berkenaan.

8,100 janji temu suntikan dijadualkan berlangsung hari ini di WTCKL.