Wednesday, 23 June 2021

updated 2:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Kes jangkitan COVID-19 diramal lebih 8,000 kes sehari Jun ini

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 14 Mei - Kes COVID-19 di Malaysia diramal meningkat lebih 8,000 jangkitan setiap hari pada Jun ini.

Menerusi graf yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia menggambarkan trend peningkatan yang mengunjurkan lebih 8,000 kes bermula 13 Mei hingga 6 Jun.

KKM dalam Facebook rasminya memaklumkan, kadar kebolehjangkitan tersebut pada jangkaan mengikut kes harian meningkat kepada 1.14 Ro/Rt.

Mengikut negeri pula, Perak mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi (1.32) diikuti Terengganu (1.29) dan Kedah (1.22).

Sehubungan itu, KKM menasihati orang ramai untuk mengamalkan langkah penjagaan prosedur operasi standard (SOP) dalam menyambut Aidilfitri.

Sentiasa pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal dan duduk di rumah serta hanya keluar jika perlu.