Wednesday, 23 June 2021

updated 2:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Pelaksanaan SOP PKP3.0 diseragamkan di seluruh negara

  • Published in Covid19

PUTRAJAYA, 11 Mei - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula tengah malam ini. Orang ramai tidak perlu bimbang, kerana Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diperinci dan diseragamkan di seluruh negara.

Dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, SOP itu boleh dirujuk di laman sesawang setiap kementerian terlibat. SOP umum pula boleh dilihat, di laman sesawang Majlis Keselamatan negara (MKN).

Jelas beliau, kesemua SOP yang diumumkan telah melalui proses penelitian rapi dan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara juga telah ditambah daripada sekali seminggu kepada tiga kali seminggu.

Apa yang pasti, PKP 3.0 tidak seketat PKP pertama.

Ia dirangka, bagi mengimbangi keperluan kesihatan dengan ekonomi, agar kehidupan rakyat tidak terjejas.