Logo

Pembukaan Ladang Tenusu Jemaluang, JCORP peruntuk lebih RM100 Juta

MERSING, 5 Mei - Kerajaan Johor menerusi Johor Corporation (JCorp), memperuntuk lebih RM100 juta bagi membuka Ladang Tenusu Jemaluang, melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di Mersing.

Ladang berkenaan akan dibuka dalam tempoh terdekat dan dijangka memanfaatkan ekonomi Mersing.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ladang seluas 680 ekar tersebut akan diusahakan dengan kerjasama pakar sektor industri tenusu.

Projek tersebut juga akan melahirkan 20 penternak ladang satelit sebagai pemangkin ekonomi tempatan.

Jcorp juga akan mengenalpasti beberapa rakan strategik bagi melaksana pelaburan tersebut.

Dalam pada itu, kerajaan persekutuan diseru menyegerakan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Empat, melibatkan Mersing, Pahang dan Terengganu.

Pembinaan infrastruktur tersebut dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri, terutama sektor pelancongan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.