Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Aktiviti sosial di Kuala Lumpur akan dikurangkan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Susulan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di enam daerah di Selangor.

Beberapa aktiviti sosial di Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur akan dikurangkan untuk mengawal penularan wabak COVID-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyatakan - meskipun Kuala Lumpur dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ianya tidak menjejaskan sektor ekonomi yang masih berjalan seperti biasa.

Selain itu beliau juga mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pertingkatkan penguatkuasaan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan tumpuan .

Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak kesesakan sewaktu membeli-belah persiapan menjelang Aidilfitri.

Tan Sri Annuar Musa ditemui media pada Majlis Prihatin Ramadan Media di ibu negara.