Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Lokasi berisiko COVID-19, identiti premis akan didedahkan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 5 Mei - Bermula Jumaat, senarai premis yang berisiko jadi pusat penyebaran COVID-19 akan didedahkan.

Ia dibuat bagi membolehkan premis diletak sebagai lokasi amaran kemungkinan pembentukan kluster.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tindakan awal itu boleh mengelak tindakan drastik seperti arahan penutupan premis atau pelaksanaan PKPD.

Premis yang belum berdaftar MySejahtera perlu berbuat demikian segera bagi memastikan analisis pemantauan lokasi lebih ketat.