Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Sultan Nazrin titah masjid, surau adakan solat hajat pada 7 Mei

  • Published in Nasional

PERAK, 5 Mei - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid dan surau mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas menunaikan solat Jumaat pada 25 Ramadan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin berkata di samping usaha kesihatan dan perubatan yang dilakukan, baginda menzahirkan titah agar rakyat memohon pertolongan daripada Allah.

Sultan Perak menzahirkan kebimbangan terhadap bilangan kes pesakit COVID-19 yang semakin meningkat dengan angka besar.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang menghadapi tekanan di samping risiko besar.

Rakyat juga dinasihat melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan amalan norma baharu serta menjauhkan diri daripada berkunjung ke tempat perhimpunan ramai.

Malah tidak berkompromi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.