Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

17 Kluster baharu dikenal pasti

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Mei - 17 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan Sarawak, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

Tujuh kluster melibatkan komuniti, lima kluster tempat kerja, empat kluster sektor pendidikan dan satu kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kluster komuniti yang dikesan di Sarawak, Johor, Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur.

Kluster tempat kerja dikesan di Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Kluster Pendidikan di dikenal pasti di empat negeri iaitu di Kedah, Perak, Sabah dan Johor.

Manakala Satu kluster keagamaan iaitu Kluster Taman Sri Lambak di Johor dikesan.

Sepuluh kluster tamat hari ini menjadikan angka kluster aktif setakat hari ini 405 kluster.