Logo

PKP enam daerah di Selangor, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang

PUTRAJAYA, 4 Mei - Enam daripada sembilan daerah di Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP bermula 6 Mei sehingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, daerah terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Manakala, tiga daerah lagi; Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB.

Prosedur operasi standard SOP di enam daerah ini adalah sama seperti di kawasan lain yang masih dikenakan PKP.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan, bazar ramadan di kawasan terlibat masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat.

Namun, keputusan untuk menerus atau menutup operasi bazar tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.