Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Gelembung perjalanan ditangguhkan serta merta

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Gelembung perjalanan domestik membabitkan aktiviti pelancongan yang memerlukan rentas negeri digantung sementara.

Bagaimanapun, aktiviti pelancongan yang tidak memerlukan rentas negeri masih boleh diteruskan.

Penyambungan semula gelembung perjalanan akan diteruskan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sebelum ini, kawasan di bawah PKPP dibenar melaksanakan perjalanan rentas negeri menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan berdaftar.