Logo

Dua krew melecur, kapal muatan diesel terbakar

GEORGE TOWN, 4 Mei - Dua krew cedera selepas kapal muatan diesel terbakar dalam kejadian di perairan Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.

Kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang semalam.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran manakala dua anak kapal diselamatkan.

Turut membantu memadam kebakaran, Bomba Sukarela kawasan Pengkalan Weld.

Dua krew yang melecur dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Tindakan pantas anggota bomba itu melegakan pemilik kapal lain kerana bahan diesel itu mampu merebak.

Tambahan pula, kawasan terbabit ialah lokasi membaiki kapal.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.