Saturday, 15 May 2021

updated 2:18 PM UTC, May 15, 2021

PRK DUN N.23 Melor ditangguhkan

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 4 Mei - Pilihanraya Kecil DUN N.23 Melor yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi itu pada 30 April lalu, ditangguhkan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penangguhan itu selaras dengan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari lalu.

Ia juga selaras peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu ) 2021 berkaitan Pilihan Raya DUN yang sedang berkuat kuasa.

Datuk Ikmalrudin berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Yakub berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan.

Hujung bulan lalu, allahyarham Dr. Md Yusnan Yusof meningggal dunia di kediamannya akibat serangan jantung.