Logo

Prasarana Berhad, siasatan SPRM selesai dan diserahkan kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 4 Mei - SPRM juga telah selesai melakukan siasatan terhadap Prasarana Berhad, dan telah menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan susulan dakwaan terhadap Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dikatakan cuba menggunakan autoriti untuk melakukan perubahan signifikan dalam syarikat berkenaan.

Tambah Datuk Seri Azam, siasatan telah diselesaikan dua minggu lepas dibawah kesalahan penyalahgunaan kuasa.

SPRM juga telah mengumpulkan keterangan individu serta pihak terlibat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.