Saturday, 15 May 2021

updated 2:18 PM UTC, May 15, 2021

Program Yok Hantar Jajan JOHORfm, sumbang bantuan keperluan raya kepada keluarga asnaf

  • Published in Nasional

JOHOR, 4 Mei - Seramai 30 keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan di Johor menerima bantuan menerusi Program Yok Hantar Jajan JOHORfm bermula semalam hingga esok.

Bantuan berupa keperluan Aidilfitri berserta wang tunai itu diagihkan kepada penerima terpilih dari 10 daerah di Johor.

EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang berkata, program tersebut merupakan lambang keprihatinan RTM dan JOHORfm terhadap masyarakat.

Program bermula di Johor Bahru, sebelum ke Pontian, Kulai dan Kluang.

Seterusnya program tersebut akan singgah di Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Muar sebelum melabuhkan tirai jelajah di Segamat dan Tangkak.

Program turut disertai artis antaranya Melati, Ronnie Hussin, Yassin Senario serta bekas penyampai radio Johorfm, Dj Dave.