Logo

JPN lancar kempen bijak beli rumah, langkah tingkat kesedaran hak pembeli rumah

ANGKASAPURI, 4 Mei - Jabatan Perumahan Negara (JPN) melaksanakan Kempen Bijak Beli Rumah #SemakSebelumBeli sebagai langkah meningkatkan kesedaran awam mengenai hak-hak terutama pembeli rumah pertama.

Kempen penerangan menerusi portal atas talian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut diwujudkan bagi memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui pemguatkuasaan undang-undang dengan cekap dan berterusan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi,Jabatan Perumahan Negara, Yahya Abd.Ghani, kempen berkenaan memberi penjelasan berkaitan transaksi jual beli rumah, hak-hak pembeli dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Inisiatif yang dilaksanakan KPT itu diharap dapat meningkatkan kesedaran pembeli rumah dan mengurangkan kes-kes penipuan berkaitan perumahan.

Tegasnya pembeli perlu rajin mencari maklumat sebelum urusan jual beli dilaksanakan bagi mengelak pembeli menanggung kerugian yang tinggi.

Beliau menjelaskan demikian selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.