Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Aplikasi digital 'Working For Workers' pelihara hak dan kebajikan pekerja dari salah laku majikan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Mei - Aplikasi digital 'Working For Workers' atau WFW menjadi medium untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja yang terkesan akibat salah laku majikan terpelihara dan tidak berulang.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, melalui aplikasi WFW, pekerja boleh mengemukakan aduan berhubung isu perburuhan tanpa perlu hadir secara fizikal di Jabatan Tenaga Kerja.

Melalui aplikasi ini, pekerja boleh melaporkan 14 jenis aduan secara dalam talian.

Respon dapat diterima dalam tempoh 3 hingga 7 hari.

Aplikasi ini juga dapat memastikan majikan dan pekerja patuh kepada undang-undang perburuhan negara.

Pelancaran aplikasi WFW berlangsung di Putrajaya.

Pekerja tempatan yang ingin mendaftar perlu menggunakan nombor kad pengenalan, manakala pekerja asing menerusi pasport.