Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Tiada kompromi bagi pesalah dera bayi, KPWKM nasihat ibu bapa pilih pengasuh berdaftar

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Tiada kompromi bagi pesalah yang terlibat kes dera bayi hingga menyebabkan kematian.

Demikian ditegaskan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat susulan kes bayi sembilan bulan dipercayai mati didera pengasuhnya di Kelana Jaya, Selangor, Khamis lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Md Yussof kesal terhadap perbuatan tersebut dan berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap pesalah.

Jelasnya, ibu bapa juga perlu meneliti pemilihan pengasuh yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau ditemui pada program ISM Executive Talk di Institut Sosial Malaysia di ibu negara.