Logo

Bazar Ramadan, Aidilfitri di Kedah beroperasi seperti biasa

ALOR SETAR, 2 Mei - Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri masih dibenar meneruskan operasi.

Bagaimanapun ia tidak termasuk dua bazar berisiko tinggi di Baling dan satu di Kulim yang ditutup selama tiga hari sejak semalam.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataan menerusi laman facebooknya memaklumkan perkara tersebut disampaikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepadanya.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan berkaitan bazar di lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara esok.

Katanya, melalui mesyuarat secara dalam talian itu, beliau akan membangkitkan kerugian yang terpaksa ditanggung peniaga akibat arahan penutupan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.