Saturday, 15 May 2021

updated 2:18 PM UTC, May 15, 2021

PKP akan dinilai semula di negeri-negeri kes mendadak - PM

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 1 Mei - Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa akan di nilai semula khususnya negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan mendadak kes positif COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan langkah tersebut penting untuk memastikan SOP yang berkuatkuasa dan tindakan diambil berkesan untuk membendung penularan COVID-19 yang terus meningkat dalam negara dan seluruh dunia.

Kerajaan menggunakan sistem amaran awal dikenali "Hotspots Identification for Dynamic Engagement" atau HIDE bagai mengenal pasti lokasi atau premis berisiko.

Premis yang dikesan telah dilawati mereka yang positf akan diarah tutup.

Tambah beliau, pendekatan ini selari keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan COVID-19 secara bersasar.

Pemantauan juga dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.

Tan Sri Muhyiddin turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP dan menjauhi tempat yang sempit serta sesak bagi melindungi diri dan orang lain.