Logo

COVID-19: Masjid mukim, surau, musolla di Kelantan diarah tutup

KOTA BHARU, 21 April- Bermula hari ini, kesemua masjid mukim, surau dan musolla diarahkan tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu dan solat sunat Tarawih sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan media memaklumkan, arahan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berharap semua pihak memberi kerjasama dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.