Logo

Kebakaran perkampungan setinggan, kira-kira 30 buah rumah musnah

 

BATU SAPI, 21 April- Kira-kira 30 buah rumah di perkampungan setinggan Sundang Laut, Sandakan musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa yang ditemui reda dengan insiden dan bersyukur kerana kesemua ahli keluarga terselamat walaupun kini tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, ketika ditemui media, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Penguasa Bomba Martin Thomas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7:55 pagi.

Seramai 40 anggota termasuk pegawai kanan dikejarkan ke lokasi bersama empat buah jentera dan kenderaan utiliti.

Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira pukul 9:17 pagi.

Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Karamunting, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia​ (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Pasukan Keselamatan I.O.I.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.