Saturday, 15 May 2021

updated 1:44 PM UTC, May 15, 2021

Masjid mukim, surau dan musolla ditutup untuk semua aktiviti - Kelantan

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 21 April - Di Kelantan, bermula hari ini ke semua masjid mukim, surau dan musolla diarahkan tutup untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu dan solat sunat tarawih sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan media memaklumkan, arahan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima.

MAIK berharap semua pihak memberi kerjasama dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan atau SOP ditetapkan.