Logo

MAIPs agih RM4.157 juta bantuan fitrah

ARAU, 21 April - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan sumbangan sebanyak RM4.157 juta kepada golongan asnaf berupa Bantuan Fitrah.

Bantuan diagihkan kepada lima zon dan setiap zon menerima kira-kira RM800,000 sehingga RM900,000.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan ‘Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Zakat Fitrah MAIPs tahun 1442 Hijrah.

Majlis diadakan sempena program Imarah Ramadan di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

Agihan akan dijalankan sepanjang Ramadan ini kepada 10,394 orang penerima yang telah dikenal pasti.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.