Saturday, 15 May 2021

updated 3:16 PM UTC, May 15, 2021

Motosikal bertembung dan terbakar, penunggang parah dan melecur

  • Published in Nasional

PASIR SALAK, 21 April - Dua lelaki cedera parah apabila motosikal ditunggang mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Bota Kiri – Teluk Sena, Pasir Salak, Perak, semalam.

Mangsa, Ahmad Tarmize Abdul Kadir, 36 tahun melecur seluruh badan manakala seorang lagi mangsa warga Pakistan, Khan Imtiaz 29 tahun, melecur di bahagian kaki, tangan dan kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, kemalangan 6.30 petang itu berlaku apabila motosikal ditunggangi Khan Imtiaz yang sedang keluar simpang melanggar motosikal Ahmad Tarmize.

Pelanggaran menyebabkan motosikal terbakar, namun menjadi lebih serius apabila minyak petrol dibawa Ahmad Tarmizie dalam raga motosikalnya disambar api.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Punca kemalangan dipercayai cuai ketika keluar simpang dan kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.