Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

NAFAS tangani isu kelewatan agihan benih padi segera

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 April - Isu kelewatan penyaluran benih padi kepada petani-petani akan ditangani pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebelum musim penanaman padi.

Jelas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, ketika ini stok benih yang dipohon golongan itu amat kurang.

Beliau optimis isu itu tidak akan menganggu pengeluaran hasil tanaman pada musim akan datang.

Datuk Seri Dr. Ronald berkata demikian pada Majlis Pengagihan bubur lambuk di Putrajaya.