Saturday, 15 May 2021

updated 1:44 PM UTC, May 15, 2021

40% Kurang penumpang perkhidmatan Komuter

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 April - Kira-kira 40% direkodkan penurunan penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB meliputi perkhidmatan di Lembah Klang pada musim COVID-19 ini.

Situasi semasa penggunaannya dijangka tidak akan berubah menjelang hujung tahun ini.

Jelas Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, penggunaan komuter tahun lalu direkodkan hanya 25,000 pengguna sehari sahaja berbanding 2019 dengan 65,000 pengguna sehari sebelum Pandemik COVID-19 melanda.

Beliau yakin akan berlaku peningkatan semula apabila orang ramai menggunakan perkhidmatan komuter untuk urusan seharian mereka

Ini tertumpu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Selangor dan di ibu negara selaras tindakan kerajaan membenarkan kehadiran 100% pekerja bagi sektor awam dan swasta.

Beliau ditemui media selepas majlis memeterai memorandum perjanjian persefahaman MOU KTMB dengan syarikat perkhidmatan e-hailing Mycar di ibu negara.