Logo

Notis Amaran: 2 Bazar Ramadan di Penaga dan Pekan, Kepala Batas

KEPALA BATAS, 21 April - 2 notis amaran telah dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ke atas dua bazar Ramadan di Penaga dan Pekan, Kepala Batas

Ia susulan kegagalan penganjur memastikan pengunjung serta peniaga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata antara kesalahan melibatkan kegagalan pematuhan SOP adalah seperti gagal menjaga penjarakan fizikal dan jumlah pekerja melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya 2 orang sahaja untuk 1 gerai.

notis amaran serta merta itu dikeluarkan bagi memastikan penganjur menambahbaik SOP dan sekiranya gagal tindakan penutupan akan dilakukan.

kedua-dua bazar tersebut akan ditutup jika tidak ada sebarang tindakan daripada pihak penganjur dalam menambahbaik pematuhan SOP.

Difahamkan, sebanyak 19 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat pemantauan di bazar Penaga, Kepala Batas.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.