Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Pekerja tempatan terima imbuhan tinggi jika bekerja dalam sektor perladangan

  • Published in Nasional

KAJANG, 21 April - Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor perladangan terutamanya sawit masih mengalami kekurangan tenaga kerja.

Ia berikutan kekurangan tenaga buruh asing dan penglibatan pekerja tempatan masih rendah.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, menjelaskan pekerja tempatan akan menerima imbuhan yang tinggi sekiranya bekerja di sektor berkenaan.

Pelbagai langkah diambil oleh pihak kementerian dan kerajaan bagi menggalakkan penglibatan golongan belia dalam industri sawit.

Selain itu, beliau turut meminta pihak media memainkan peranan berhubung faedah yang bakal diterima oleh pekerja tempatan dalam industri tersebut.