Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Pelajar Matrikulasi dikompaun, tiada unsur penganiayaan

  • Published in Nasional

BATU GAJAH, 21 April - Tiada unsur penganiayaan berkaitan isu enam pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak yang dikompaun penguat kuasa kesihatan kerana tidak memakai pelitup muka.

Sebaliknya, pihak penguat kuasa hanya menjalankan tugas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, bagaimanapun, kompaun paling minimum akan dikenakan terhadap enam pelajar tersebut.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya akan membantu pelajar-pelajar tersebut bagi membayar kompaun yang dikenakan.

Beliau menjelaskan perkara itu kepada media semasa Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak di Bazar Ramadan Dataran Orkid, Batu Gajah, Perak.