Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Pekhidmat rumah tangga terima perlindungan PERKESO bermula 1 Jun

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 April - Bermula 1 Jun, golongan pekhidmat rumah tangga termasuk pembantu rumah dan pengasuh akan mendapat manfaat perlindungan keselamatan sosial oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata kerajaan prihatin dengan nasib pekerja sektor informal yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19.

Seperti tertakluk di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta 4 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, Akta 800.

Pekhidmat rumah tangga berstatus warganegara dan pemastautin tetap yang mencarum dengan PERKESO, akan dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan di bawah Akta 4 serta Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Akta 800.

Beliau bercakap dalam sidang media semasa menghadiri Majlis Iftar PERKESO berlangsung di ibu negara.

Secara keseluruhan, Malaysia mempunyai seramai 104,400 pekhidmat rumah tangga.

Merangkumi 15,000 orang berstatus warganegara dan pemastautin tetap, selain 89, 400 warga asing.