Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

KKM cadang rentas negeri sempena Aidilfitri ditangguhkan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 April - Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik COVID-19 masih membimbangkan.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, cadangan dibuat berikutan rungutan serta rayuan pelbagai pihak agar kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan.

Jelasnya, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 28 April ini.

Malah tegasnya, kes harian masih meningkat dan belum stabil, selain Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih berjalan.

Malaysia mencatatkan 1,889 kes COVID-19 semalam berbanding 1,767 kes pada Selasa.

Ditanya mengenai kemungkinan mereka yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan untuk rentas negeri, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang berpengkalan di Amerika Syarikat.