Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

MKN diminta teliti semula kebenaran buka Bazar Ramadan

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 15 April - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti kembali beberapa kelonggaran termasuk operasi Bazar Ramadan.

Ini susulan pengesanan 17 kes positif COVID-19 membabitkan varian Afrika Selatan.

Varian itu dikenalpasti sebagai varian yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi dan sesetengah vaksin juga dilihat kurang efektif ke atas varian tersebut.

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya orang ramai gagal membuat kawalan kendiri dengan mematuhi SOP yang ditetapkan sekali gus menyumbang kepada gelombang keempat yang dijangka memberi kesan lebih teruk. 

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu MKN bersetuju membenarkan pergerakan merentas negeri bagi individu yang perlu membawa tanggungan atau ibu bapa ke janji temu vaksinasi COVID-19.

Beliau menyatakannya semasa membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban.