Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

4 Individu ditahan, pukul pekerja kerana puasa

  • Published in Nasional

KLANG, 15 April - Polis menahan empat individu, disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir, kerana berpuasa.

Kenyataan Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli menyebut, kedua-dua mangsa telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa.

Majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut, dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, kes ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman.