Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

63 Papan iklan haram, MDBB ambil tindakan tanggalkan

  • Published in Nasional

KEDAH, 15 April - 63 papan iklan dipasang secara haram di luar Lebuhraya Utara Selatan sekitar Daerah Bandar Baharu, Kedah ditanggalkan. 

Program Pemutihan Papan Iklan Luar dijalankan Majlis Daerah Bandar Baharu, MDBB.

Yang Dipertuanya, Muhammad Subhi Abdullah berkata susulan notis yang dikeluarkan, 8 pemilik dengan jumlah 40 papan iklan telah memberi maklum balas.

Mereka dalam proses permohonan kebenaran untuk mendirikan struktur papan iklan serta permohonan lesen untuk mempamerkan iklan.  

Manakala baki pemilik 23 papan iklan belum memberikan sebarang maklum balas kepada pihak MDBB.  

Tindakan penurunan paparan dan struktur papan iklan akan dijalankan kepada mana-mana pemilik yang tidak membuat sebarang permohonan atau tidak memberikan sebarang maklum balas.