Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Ibu tunggal maut ditikam selepas berlaku pergaduhan dengan suspek berusia 23 tahun

  • Published in Nasional

IPOH, 15 April - Seorang wanita maut dipercayai ditikam seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan di rumahnya di Taman Perpaduan, Ipoh, malam tadi.

Mayat, K.Krishna 31 tahun ditemui terbaring di ruang tamu dengan beberapa kesan tikaman di dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Anuar Othman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan antara mangsa dan suspek berusia 23 tahun itu kira-kira pukul 8.45 malam.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis menemui mayat mangsa bersama suspek yang turut cedera dengan beberapa kesan tikaman.

Beliau berkata, suspek pernah ditahan pada 15 Mac lalu selepas mangsa yang juga ibu tunggal membuat laporan sering diganggu suspek.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakam percakapan dua anak mangsa berusia enam dan lapan tahun yang turut berada ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.