Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

93 Anggota Polis Johor ditahan terlibat pelbagai kesalahan

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 15 April - Polis Johor menahan 93 anggotanya, disyaki terlibat dalam pelbagai jenis kesalahan sepanjang tahun lalu, dengan 83 kertas siasatan telah dibuka.

Datuk Ayob Khan berkata, 13 anggota terlibat dalam kes rasuah, manakala 48 anggota dalam kes dadah, 28 anggota dalam kes jenayah, dan empat anggota dalam kes komersial.

31 anggota ditahan kerja, selain 15 anggota digantung kerja serta 45 anggota dan seorang pegawai dibuang kerja tahun lalu.

Ia menjadikan Kontinjen Johor merekodkan jumlah tangkapan anggota tertinggi yang terlibat dalam kes tatatertib berbanding kontinjen Negeri lain.

Dalam pada itu, sebanyak 30 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan melibatkan anggota polis daripada Januari hingga kini.

Daripada jumlah itu, seramai 21 anggota disiasat membabitkan kesalahan jenayah, manakala sepuluh anggota disiasat atas kes dadah, lima anggota atas kes rasuah dan lima anggota atas kes komersial.