Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

SOP bazar Ramadan dilanggar, pegawai PBT diberi kuasa keluarkan kompaun

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 April - Berkuatkuasa hari ini, Datuk Bandar, Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pegawai Penguatkuasa PBT Gred 19 ke atas, diberi kuasa mengenakan kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kompaun itu termasuk kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) di bazar Ramadan.

Jelas beliau, aduan mengenai ketidakpatuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan telah diterima.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandang serius masalah tersebut memandangkan penularan virus COVID-19 masih berada pada tahap membimbangkan.

PBT digesa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua SOP dipatuhi.

Orang ramai juga diminta memberi kerjasama kepada PBT dengan mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.