Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Bermula Jun ini, bekalan vaksin COVID-19 Malaysia akan mencukupi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 14 April - Malaysia akan mula menerima bekalan vaksin COVID-19 yang ampuh dan mencukupi bermula Jun ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini berdasarkan jadual penghantaran bekalan dan bermula tempoh itu, program vaksinasi secara besar-besaran bagi penduduk negara ini dijangka berjalan lancar.

Pada masa ini permintaan melebihi bekalan.

Justeru, kerajaan akan terus berusaha memastikan bekalan vaksin tiba dengan lebih cepat susulan jumlah penghantarannya ketika ini yang masih rendah.

Khairy Jamaluddin turut menjelaskan, antara punca bekalan vaksin masih rendah di negara ini serta negara-negara berpendapatan sederhana lain adalah disebabkan negara kaya membolot pasaran vaksin COVID-19.

Sesetengah negara kaya membeli vaksin untuk rakyatnya tiga hingga lima kali ganda lebih daripada mencukupi.

Manakala, banyak syarikat farmaseutikal memberi keutamaan kepada negara berkenaan atas sebab yang ketara.

Perkara berkenaan adalah sebab Malaysia terpaksa memperoleh portfolio vaksin COVID-19 yang pelbagai bukan sahaja bergantung kepada syarikat Barat seperti Pfizer dan AstraZeneca tetapi juga Sinovac dari China.