Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

Klinik dan hospital swasta percepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 April - Peranan klinik dan hospital swasta penting dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bukan sahaja kerana mempunyai fasiliti perubatan yang baik tetapi juga meningkatkan keyakinan orang ramai untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Ketua Pegawai Eksekutif, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Dr. Anas Alam Faizli berkata, selain mempunyai peralatan yang baik, pegawai perubatan di pusat kesihatan swasta juga biasanya sudah mempunyai pesakit yang setia mendapatkan rawatan dengan mereka.

Atas keyakinan pesakit kepada pegawai perubatan tersebut, pemberian vaksin fasa kedua menjadi lebih mudah terutama bagi warga emas yang bimbang kerana menghidap penyakit kronik.

Dr. Anas ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.