Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Ramadan: Kelantan benarkan tarawih dengan SOP

  • Published in Nasional

PASIR MAS, 8 April- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan membenarkan solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di seluruh negeri dilaksanakan pada Ramadan.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Bagi solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musolla dengan penjarakan fizikal satu meter.

Solat boleh dilaksanakan sama ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat Isyak.

Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat tarawih.

Manakala tazkirah dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter.

Jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan, namun masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan menu berbuka dan bersahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah.