Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Politeknik dan kolej komuniti lahir hampir 7,000 usahawan graduan TVET

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 April - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan, politeknik dan kolej komuniti di negara ini melahirkan hampir 7,000 usahawan dalam kalangan graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sejak 2018.

Malah ada antara mereka mampu menjana pendapatan membanggakan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu lain.

Tambahnya, kebolehpasaran tersebut membuktikan graduan politeknik dan kolej komuniti sememangnya menjadi pilihan majikan serta industri.

Beliau berucap secara maya di majlis penutupan Sidang Kemuncak dan Ekspo TVET atau TES 2021 di ibu negara.