Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Aplikasi MySejahtera sebagai Pusat Sehenti untuk rakyat Malaysia

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 7 April - Sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan Aplikasi MySejahtera mampu diperluas penggunaannya.

Aplikasi yang diperkenal khusus bagi mengekang pandemik COVID-19 dan kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform.

Peluasan penggunaan MySejahtera boleh meliputi sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran selain berfungsi sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) atau 'Super App'.

Menerusi kenyataan media, Datuk Saifuddin memaklumkan, penularan wabak COVID-19 mendorong keperluan untuk mengadaptasi kaedah digital dalam perkhidmatan kesihatan.

Aplikasi berkenaan telah membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam menguruskan maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak serta pendaftaran suntikan vaksin secara waktu sebenar dan terkini.

Justeru, kementeriannya akan melipatgandakan penggunaan teknologi digital selain meneruskan usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi.

Ia bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0 dan kemakmuran bersama.