Logo

10 kluster baharu babitkan 4 negeri dikesan

PUTRAJAYA, 7 April - 10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini di Selangor, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor.

Enam kluster melibatkan tempat kerja, dua kluster komuniti serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan import.

Dua kluster baharu berkaitan tempat kerja dikesan di Selangor iaitu Jalan Simpang Balak dan Jalan Keretapi.

Pulau Pinang pula dikesan di Sungai Kluang Empat dan Jalan Padang Benggali.

Manakala masing-masing satu kluster baharu berkaitan tempat kerja dikesan di Sarawak dan Johor iaitu di Jalan Bangunan Kerajaan dan Persiaran Indahpura Utama.

Bagi kluster berkaitan komuniti yang dikesan di Sarawak adalah Kluster Sungai Kawi dan Kluster Jalan Persiaran Putri di Johor.

Selain itu Kluster Tembok Choh Dua melibatkan pusat tahanan dikesan di Johor dan Kluster Highline berkaitan kluster import dikesan di Johor.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.