Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

PDRM pertingkat SJR menjelang Ramadan

  • Published in Nasional

NIBONG TEBAL, 7 April - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mempertingkat Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan negeri dan lorong-lorong tikus menjelang Ramadan ini.

Ia bagi menghalang orang ramai mengambil kesempatan untuk menyambut Ramadan di kampung.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, tiada lagi nasihat akan diberikan kepada mereka yang merentas negeri tanpa alasan kukuh.

Sebaliknya, tindakan akan terus diambil mengikut undang-undang sedia.

Setakat ini, terdapat 35 SJR di dalam negara dan jumlah ini akan bertambah menjelang Ramadan.

Jelasnya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Sarjan kepada dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal-URB di Nibong Tebal.